Ahad, 28 Julai 2013

KHASIAT TEMBIKAI



Salam Ramadhan yang indah darlingz......

Ok kali ini.. saya ingin berkongsi khasiat Buah Tembikai pula, kerana sepanjang bulan Ramadhan saya asyik berjumpa dengan penjual tembikai sahaja.. hehehe.. saya rasa tentu ramai pengemar tembikai.. sama ada tembikai merah atau tembikai kuning.. .dibawah ini saya ringkaskan serba sedikit kisah tembikai dan khasiat tembikai...

Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."

Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai. Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit. Diantara khasiat tembikai adalah seperti berikut :-


tembikai memang amat mudah didapati di mana-mana


1. Tahukah anda bahawa diantara bahan utama viagra adalah biji tembikai?... jadi, jika anda memakan tembikai, makanlah sekali dengan bijinya. Malah, digalakkan untuk mereka yang berkahwin especiallynya lelaki.. untuk memakan tembikai, 2 jam sebelum berhubungan untuk kekuatan stamina.

Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."


2. Mencegah penyakit Jantung dan kanser prostat
Buah tembikai merah merupakan sumber tinggi carotenoid : lycopene, sejenis bahan antioksiden bersifat anti-kanser. Bahan ini menghalang penyakit kanser seperti prostat, payudara, endometrial, peparu dan usus (colorectal).

3.  Kaya Vitamin A dan Vitamin C , seterusnya baik untuk penglihatan dan antioksida
Buah tembikai yang tinggi antioksiden ini juga kaya dengan vitamin A, C dan B (asid folik), magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain daripada bahan yang dikenali sebagai beta-karotene.
Vitamin A dalam buah tembikai amat penting untuk kesihatan mata dengan mengurangkan risiko rabun malam,dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih- Lymphocytes dari jangkitan kuman.

Vitamin B6 menolong sistem imuniti mengeluarkan antibodi. Vitamin B6 mampu mengekalkan fungsi saraf dan bentuk sel darah merah.
Vitamin C mampu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus dan melindungi badan dari radikal bebas. Radikal bebas mempercepatkan proses tua seperti katarak.

4. Membantu proses penyembuhan
Bila anda mengalami luka, samaada luka luar atau dalam.  Anda boleh menggunakan isi putih tembikai (yang selalu dibuang berada betul-betul pada kulit tembikai) untuk membantu penyembuhan luka.. samaada makan isi tersebut dan tampal kepada tempat luka. Isi ini walaupun keras tetapi kaya dengan asam amino dan  zat citrulline yang tidak terdapat pada buah lain. Zat tersebut amat membantu dalam penyembuhan luka dan pembelahan sel dan mempercepatkan penyembuhan dan pembaikan sel.

5. Mengawal tekanan darah
Buah tembikai mengandungi sumber Kalium(Potassium). Mineral kalium adalah unsur utama dalam keseimbangan air dan wujud dalam setiap sel. Tahap kalium yang rendah menyebabkan anda mudah mengalami otot kejang. Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

6. Sesuai untuk diet
Buah tembikai rendah kalori. .dan amat sesuai untuk diet.. jika anda pernah melanggan sesi pelansingan badan di mana-mana pusat perlansingan terkemuka, tembikai adalah antara menu wajib yang harus diambil. Ini kerana buah tembikai kaya dengan air dan cepat kenyang.

7. Sebagai ubat serawan
Biji tembikai yang dikeringkan dan ditumbuk halus, boleh digunakan sebagai ubat serawan dengan menampal di luka serawan. Biji tembikai ini juga dikatakan anti kanser dan ubat kuat lelaki.

8. Buah tembikai juga boleh digunakan untuk kecantikkan
Ada yang menggunakan kulit tembikai (dijemur hingga kering, dikisar halus dan disapu ke muka dengan air) dan juga hanya menggunakan isi tembikai yang dihancurkan dan ditampalkan kewajah untuk mencerahkan wajah dan "sunburn". Malah kulit tembikai (isi yang putih), jika di sapu ke kepala boleh mendinginkan kepala dan melebatkan rambut serta mengurangkan rambut gugur dan panas kepala sekaligus melambatkan uban.



tembikai kuning juga kaya khasiat



Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.


tembikai juga dikatakan antara makanan syur


Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di alam.


Ada sesetengah pendapat melayu mengatakan bahawa tembikai adalah makanan "sejuk" dan "berair" serta tidak sesuai untuk wanita... pendapat ini adalah terpulang kepada diri dan badan masing-masing.  Walau bagaimanapun memakan tembikai juga jangan keterlaluan kerana kandungan gula didalamnya.. bagi pesakit diabetis atau kencing manis, adalah tidak digalakkan untuk selalu memakan tembikai.

Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.. salam sayang dari saya.




*** Peringatan : Jangan sesekali memakan tembikai dengan madu kerana boleh mengakibatkan mabuk atau  bagi sesetengah orang boleh menyebabkan kematian. Malah ada juga pendapat mengatakan, tembikai juga tidak boleh dimakan dengan jamu atau ubat-ubatan...


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...