Ahad, 28 Julai 2013

KHASIAT TEMBIKAI



Salam Ramadhan yang indah darlingz......

Ok kali ini.. saya ingin berkongsi khasiat Buah Tembikai pula, kerana sepanjang bulan Ramadhan saya asyik berjumpa dengan penjual tembikai sahaja.. hehehe.. saya rasa tentu ramai pengemar tembikai.. sama ada tembikai merah atau tembikai kuning.. .dibawah ini saya ringkaskan serba sedikit kisah tembikai dan khasiat tembikai...

Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."

Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai. Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit. Diantara khasiat tembikai adalah seperti berikut :-


tembikai memang amat mudah didapati di mana-mana


1. Tahukah anda bahawa diantara bahan utama viagra adalah biji tembikai?... jadi, jika anda memakan tembikai, makanlah sekali dengan bijinya. Malah, digalakkan untuk mereka yang berkahwin especiallynya lelaki.. untuk memakan tembikai, 2 jam sebelum berhubungan untuk kekuatan stamina.

Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."


2. Mencegah penyakit Jantung dan kanser prostat
Buah tembikai merah merupakan sumber tinggi carotenoid : lycopene, sejenis bahan antioksiden bersifat anti-kanser. Bahan ini menghalang penyakit kanser seperti prostat, payudara, endometrial, peparu dan usus (colorectal).

3.  Kaya Vitamin A dan Vitamin C , seterusnya baik untuk penglihatan dan antioksida
Buah tembikai yang tinggi antioksiden ini juga kaya dengan vitamin A, C dan B (asid folik), magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain daripada bahan yang dikenali sebagai beta-karotene.
Vitamin A dalam buah tembikai amat penting untuk kesihatan mata dengan mengurangkan risiko rabun malam,dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih- Lymphocytes dari jangkitan kuman.

Vitamin B6 menolong sistem imuniti mengeluarkan antibodi. Vitamin B6 mampu mengekalkan fungsi saraf dan bentuk sel darah merah.
Vitamin C mampu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus dan melindungi badan dari radikal bebas. Radikal bebas mempercepatkan proses tua seperti katarak.

4. Membantu proses penyembuhan
Bila anda mengalami luka, samaada luka luar atau dalam.  Anda boleh menggunakan isi putih tembikai (yang selalu dibuang berada betul-betul pada kulit tembikai) untuk membantu penyembuhan luka.. samaada makan isi tersebut dan tampal kepada tempat luka. Isi ini walaupun keras tetapi kaya dengan asam amino dan  zat citrulline yang tidak terdapat pada buah lain. Zat tersebut amat membantu dalam penyembuhan luka dan pembelahan sel dan mempercepatkan penyembuhan dan pembaikan sel.

5. Mengawal tekanan darah
Buah tembikai mengandungi sumber Kalium(Potassium). Mineral kalium adalah unsur utama dalam keseimbangan air dan wujud dalam setiap sel. Tahap kalium yang rendah menyebabkan anda mudah mengalami otot kejang. Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

6. Sesuai untuk diet
Buah tembikai rendah kalori. .dan amat sesuai untuk diet.. jika anda pernah melanggan sesi pelansingan badan di mana-mana pusat perlansingan terkemuka, tembikai adalah antara menu wajib yang harus diambil. Ini kerana buah tembikai kaya dengan air dan cepat kenyang.

7. Sebagai ubat serawan
Biji tembikai yang dikeringkan dan ditumbuk halus, boleh digunakan sebagai ubat serawan dengan menampal di luka serawan. Biji tembikai ini juga dikatakan anti kanser dan ubat kuat lelaki.

8. Buah tembikai juga boleh digunakan untuk kecantikkan
Ada yang menggunakan kulit tembikai (dijemur hingga kering, dikisar halus dan disapu ke muka dengan air) dan juga hanya menggunakan isi tembikai yang dihancurkan dan ditampalkan kewajah untuk mencerahkan wajah dan "sunburn". Malah kulit tembikai (isi yang putih), jika di sapu ke kepala boleh mendinginkan kepala dan melebatkan rambut serta mengurangkan rambut gugur dan panas kepala sekaligus melambatkan uban.



tembikai kuning juga kaya khasiat



Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.


tembikai juga dikatakan antara makanan syur


Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di alam.


Ada sesetengah pendapat melayu mengatakan bahawa tembikai adalah makanan "sejuk" dan "berair" serta tidak sesuai untuk wanita... pendapat ini adalah terpulang kepada diri dan badan masing-masing.  Walau bagaimanapun memakan tembikai juga jangan keterlaluan kerana kandungan gula didalamnya.. bagi pesakit diabetis atau kencing manis, adalah tidak digalakkan untuk selalu memakan tembikai.

Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.. salam sayang dari saya.




*** Peringatan : Jangan sesekali memakan tembikai dengan madu kerana boleh mengakibatkan mabuk atau  bagi sesetengah orang boleh menyebabkan kematian. Malah ada juga pendapat mengatakan, tembikai juga tidak boleh dimakan dengan jamu atau ubat-ubatan...


Rabu, 24 Julai 2013

KEBAIKAN COKLAT








Salam Ramadhan yang indah.... sempena bulan puasa ini.. saya kerap sahur dan dinner minuman coklat panas dan coklat ice..  oleh kerana ramai peminat coklat di dunia ini.. termasuklah saya.. jadi saya menulis entry ini untuk perkongsian kita bersama.. jutaan terima kasih kepada mr.google atas segala maklumat ini.. dan gambar choclate yang menawan ini.. hehehehe...

Baiklah berikut adalah antara khasiat coklat :-


1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok.

Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.

 
2. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung.

Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.



3. Coklat boleh melawan diabetis.

Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.




4. Coklat melindungi kulit anda.

Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!


5. Coklat boleh mengelakkan batuk-batuk.

Ramuan dalam coklat yang dipanggil "Theobromine" mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar rahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.

6. Coklat memberikan anda mood yang baik.

Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress.



7. Coklat membantu meningkatkan peraliran darah.

Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.


8. Coklat meningkatkan kadar penglihatan.

Oleh kerana keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah, khususnya ke otak,coklat didapati juga boleh meningkatkan aliran darah ke retina, sekali gus memberi rangsangan yang baik kepada mata.

9. Coklat boleh membuatkan anda bijak.

Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar, Kajian di britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.

10. Coklat boleh mengisi perut anda.

Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar. kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu.


Coklat yang berada dipasaran sekarang ini banyak mengandungi bahan-bahan tambahan lain seperti gula, butter yang meningkatkan jumlah kalori. Pastikan sebelum anda membeli coklat di kedai, kandungan coklat yang terkandung adalah 70% atau lebih.

Satu sudu coklat asli mengandungi hanya 12 kalori, berbanding satu sudu gula iaitu 30 kalori. Coklat juga mengadungi kaffeine. satu auns coklat mengandungi 23mg kaffeine. Tapi tak perlu risau, satu bar coklat hanya mengandungi 100mg kaffeine yang hanya bersamaan dengan satu cawan kopi.


11. Makan Coklat sama seperti bersenam

Nampaknya kini anda boleh memakan coklat dengan kurang rasa bersalah kerana saintis mendedahkan coklat gelap mempunyai bahan yang meningkatkan keupayaan otot, sama seperti dengan menggunakan mesin larian di gimnasium.

Menurut penyelidik Universiti Wayne State, Amerika Syarikat, kajian mengenai bahan epikatekin di dalam coklat gelap ke atas tikus makmal mendapati bahan itu meningkatkan tenaga di dalam otot, membolehkan haiwan itu melakukan senaman dengan lebih lama.

Tikus diberikan epikatekin mampu bersenam sama seperti tikus yang diletakkan di atas mesin larian setiap hari dan saintis akan mengkaji sama ada kesan serupa dapat dilihat pada manusia.

“Senaman seperti aerobik, berlari dan berbasikal meningkatkan jumlah sel mitokondria yang memberi tenaga kepada sel otot.

“Epikatekin mempunyai kesan sama dalam meningkatkan jumlah mitokondria, terutama pada otot jantung dan rangka,” menurut ketua penyelidik, Dr Moh Malek. 


 Terima kasih kerana membaca entry ini.. Salam Sayang dari saya... luv !


*** info ini didapati dari link ini http://paapaada.blogspot.com/2012/06/10-rahsia-kebaikan-coklat-yang-tak.html


Sabtu, 20 Julai 2013

EVERYTHING I DO, I DO IT FOR YOU


  

Everything I Do, I Do It For You (Bryans Adam)

Look into my eyes, you will see
what you mean to me
search your heart, search your soul
and when you find me there
you'll search no more

Don't tell me it's not worth trying for
you can't tell me it's not worth dying for
you know it's true
everything I do, I do it for you

Look into your heart
you will find, there's nothing there to hide
take me as I am, take my life
I would give it up, I would sacrifice
don't tell me it's not worth fighting for
I can't help it, there's nothing I want more
you know it's true
everything I do , I do it for you

There's no love, like your love
and no other could give more love
there's nowhere unless you're there
all the time, all the way
look into your heart, baby

Oh, you can't tell me it's not worth trying for
I can't help it, there's nothing I want more
yeah, I would fight for you
I'd lie for you, walk the wire for you
yeah, I'd die for you

You know it's true
everything I do, I do it for you
everything I do, darling
I would see it through
I would see it through

Oh yeah
yeah, search your heart
search your soul
you can't tell me I would die for
I'll be back, yeah
I walked the wire for you
I would die for you
oh yeah, I would die
I do it all the way, all the way

kadang-kadang meninggalkan seseorang itu.. bukan bermaksud bahawa kita tidak sayang. .atau lansung tidak cinta.. tapi untuk memberitahu.. "awak terlalu istimewa.. sehingga saya tak mampu melakukan apa-apa.. selain tidak mahu melihat awak kecewa..."...

Berapa ramai insan yang kecewa.. kerana menyangka diri tidak dicintai.. dan hanya menepuk sebelah tangan... hanya kerana ... tindak balas sidia tidak seperti yang diharapkan... mengapa percaya seratus peratus segala pendapat madah cinta.. yang jika sidia benar-benar cinta.. mereka tak akan mungkin meninggalkan insan tercinta... .walau mereka ada sejuta alasan pun untuk meninggalkan kita.... sedangkan cukup satu saja yang perlu kita pegang.. kata hati sendiri..walau tiada siapa pun percaya... tapi kata hati saja sudah cukup membuktikan walau hanya dengan pandangan mata... bukti cinta seseorang dan perbuatannya yang jauh lebih mencukupi dari kata-kata... bukti perbuatan juga satu pengorbanan?... cukup hati anda saja memahami dan berfikir.... tak perlu meminta pendapat sesiapa.. kerana ada perkara. .sukar untuk diceritakan dan diluahkan... sukarkah mengira betapa pengorbanan meninggalkan jauh lebih berat dari segala-galanya????? sukarkahhhhhhhh???

"lihatlah kemataku.. kau akan nampak siapa kau dihatiku...tengoklah hatimu.dan carilah pada jasadmu. dan kau akan nampak aku betul-betul disitu..  ..dan tak perlu lagi kau cari... lihatlah hati mu...tiada apa yang perlu disembunyikan.. terimalah siapa aku.. terimalah hidupku...,aku tidak akan putus asa.. aku akan berkorban.. tak perlu katakan ia tidak berbaloi,, kerana aku tetap akan lawan...kerana tiada apa yang lebih aku mahukan selain kamu...kamu tahu ia benar... segala yang aku lakukan demi kamu...aku akan kembali dan aku akan berjalan diatas duri-duri tajam, aku lakukan untuk kamu.. dan kamu sendiri tahu ia benar.. perasaan @ cinta ini benar..."


Tapi apabila waktu berlalu akhirnya... masing-masing akhirnya sedar.. kadang-kadang pengorbanan itu memang perkara paling sakit... dan melihat insan tercinta didepan mata adalah perkara paling indah dan mahal dalam hidup..." jika boleh diputarkan masa... aku ingin melihat dirimu lebih lama dari dulu... tak akan bangun meninggalkanmu dulu.... akan menghabiskan sisa-sisa masaku dulu betul-betul untuk merakam setiap saat bersamamu... "

Benarlah kata pujangga.. berkorban itu memang sakit... meninggalkan lagi pedih dan menderita dari ditinggalkan... menyakiti yang dicintai lebih sakit dari disakiti oleh yang dicintai... "jika aku tahu cinta itu sakit.. sesakit ini.. sungguh aku tak ingin jatuh cinta.. tapi kerana aku tahu.. rugi nya aku jika tidak mengenalimu.. kesakitan ini lebih dari berbaloi..."...

memang benar.. .hanya sebuah lagu.. akan membangkit segala memori...dan kekadang sebuah lagu. .cukup untuk memberi jawapan untuk sebuah cerita...

salam sayang dari saya.. Salam Ramadhan yang penuh berkat untuk semua.. terima kasih kerana membaca entry ini...





Rabu, 17 Julai 2013

KHASIAT AIR TEBU


air tebu.. nyam!!!!


Salam Ramadhan dan selamat berpuasa... baiklah darlingz.. antara minuman kegemaran ketika berbuka puasa ialah air tebu.. disini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi khasiat air tebu bersama anda.... 

Selain memiliki banyak khasiat vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan, jus tebu juga kaya dengan fosfur, zat besi , kalium, kalsium dan magnesium..penelitian telah menunjukkan bahawa jus tebu juga baik untuk demam dengan membantu kehilangan vitamin.  Diantara khasiat air tebu yang lain :-

1. Mencegah stroke
Dengan meminum air tebu secara teratur (apa benda sekalipun tidak elok berlebihan) , dapat membantu menjaga metabolisme badan kerana kekurangan cairan tubuh oleh kerana aktiviti harian sekaligus dapat membantu mencegah stroke.

2. Menguatkan gusi dan gigi 
Dikatakan ,dapat menguatkan gusi dan gigi jika di campurkan dengan garam..

3. Dapat mencegah kanser payudara
Kerana air tebu bersifat alkali dikatakan air tebu yang asli dapat menghindar dari terkena penyakit kanser payudara dan kanser prostat.

4. Bagus sebagai pengganti gula kepada penderita diabetes
Oleh kerana tebu adalah asli... jadi air tebu adalah baik untuk pengidap diabetes sebagai pengganti gula... (bagi pengidap diabetes.. lebih baik mendapatkan nasihat daripada doktor anda)

5. Dapat meredakan kepanasan badan
Air tebu hitam asli dikatakan bagus dan boleh meredakan kepanasan tubuh.

6. Dapat meredakan batuk
Air tebu hitam juga dikatakan dapat meredakan batuk.

7. Bagus untuk organ dalaman
Air tebu dikatakan mampu menyihatkan organ dalaman seperti perut, ginjal , jantung , otak , mata dan organ kelamin.

8. Bagus untuk ginjal
Jika anda kerap meminum air tebu, dikatakan akan membantu mencegah penyakit berkaitan ginjal dan seterusnya melancarkan pengaliran air kencing.

9. Membantu dehidrasi
Jika musim panas, digalakkan untuk meminum air putih atau air tebu yang membantu mengurangkan dehidrasi.

10. Pelawas semulajadi
Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan sistem penghadaman.


Air tebu adalah pengganti gula yang bagus.. walaubagaimana pun tentu sekali madu adalah lebih baik dari tebu sebagai pengganti gula.. ada pendapat yang mengatakan khasiat tebu sama seperti kurma.. tetapi bagi saya itu adalah perkara yang tidak logik.. heheheh..

 Air tebu dikatakan "tajam" dan tidak sesuai untuk wanita yang mengandung atau kedatangan haid.. ini kerana sifat air tebu yang "tajam" itu boleh menyebabkan pendarahan atau keguguran.. dan untuk wanita yang kedatangan haid. .kemungkinan.. bertambah lagi hari pengaliran haid anda... 

Walau bagaimanapun adalah lebih digalakkan.. untuk menyeimbangkan setiap pengambilan makanan dan minuman kita.. termasuklah dengan air tebu.. .terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.. selamat berpuasa dan salam sayang dari saya.. .luvvv!!!!



Sabtu, 13 Julai 2013

Di Saat Ku Mencintai Dirimu


 Disaat Ku Mencintai Dirimu (Dedali)
Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


"Aku inginkan dirimu.. datang dan temui aku.. kan ku katakan padamu... aku sangat mencintai dirimu"... lirik lagu memang selalu menceritakan "kisah cinta" sendiri... ada separuh lirik lagu yang kena mengena dengan kisah cinta yang kita lalui.. dan ada juga hampir seluruh lirik lagu menceritakan kisah cinta... yang hanya kita yang memahami... begitu indahnya kisah sebuah lagu.....

Bagi sesetengah insan yang bercinta dan tidak pandai menghargai pasangannya... mungkin akan merasakan lagu ini cukup sesuai dengan mereka... ada juga insan yang tidak sempat meluah perasaan cinta.. hanya berpandangan sesama sendiri selama bertahun... akhirnya terpisah tanpa memulakan perkenalan @ sapaan... juga akan merasakan lagu ini kena dengan mereka.. iya.... memang betul... "kuasa lagu" itu sungguh menakjubkan.. sehingga hati yang telah melupakan sejarah dahulu... muncul kembali....kadang-kadang tiba-tiba sahaja dj radio memutar lagu.. dan kebetulan hanya dengan mendengar lirik.. "wajah sidia" yang pernah bertahta dihati muncul... akhirnya menguasai seharian malam...seharian hari.... ohhhhhh!!!!

Untuk anda yang masih merasakan lagu ini hanya sebahagian dari kisah hati anda.... jika tidak mahu "chorus" lagu ini terjadi dalam hidup anda...

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

bangun dan sedarlah...masih belum terlewat jika "sidia" masih belum dimiliki... belajarlah berlawan dengan keegoaan sendiri... tetapi jika benar.. hati sendiri "redha" dan ingin sidia memiliki insan yang lebih terbaik dari diri anda... dan melihat "sidia" bahagia juga membuat anda bahagia... teruskanlah... simpan saja perasaan itu selamanya... kerana percayalah... kekadang perbuatan dan pandangan mata sahaja sudah cukup menyampaikan perasaan sebenar dari kata-kata ....

"Bila merasakan hidup ini terlalu penat dan kejam... aku selalu berfikir.. .mengenalimu membuat aku rasa hidup ini tetap bermakna.... akhirnya aku percaya.. mencintai yang sebenarnya... mendoakan insan tercinta bahagia dan mendapat insan yang lebih baik dari kita... kau tetap ku hajati walau dalam mimpi...walau tak pernah dimiliki".
 
Ramadhan akan kukenang dalam kenangan.. Ramadhan yang tetap indah dan selalu indah... bulan yang berkat yang membawa seribu rahmat dan kebahagiaan... kau telah mengubah Ramadhan-ramadhan ku yang lalu.. .setiap kali Ramadhan aku akan mengingatimu.... walau ditika itu aku berada dibumi yang lain....

Mereka bertanya kepadaku.. antara USD1 juta dengan cinta yang manakah akan kupilih... aku akan menjawab.. tentu sekali USD1 juta... mereka bertanya lagi kenapa ?... akan ku jawab.. kerana aku tak percaya cinta... takkan mungkin boleh hidup hanya dengan cinta.... malah cinta dan hati boleh berubah bila-bila masa...aku akan pilih USD1 juta.. semua akan kumiliki termasuk cinta.. walau cinta palsu....

Mereka bertanya lagi kepadaku... jika USD100 juta dengan dirimu, manakah aku pilih?... aku akan jawab... aku akan pilih hidup aku sekarang ini.... kau takkan mungkin boleh disamakan walau dengan segala yang ada dibumi ini....  mereka terus bertanya.. .USD100 juta dengan kau yang belum tentu menyayangi aku.. belum tentu tiada insan lain dihati.... akan ku jawab.. .aku tak peduli semua itu... yang aku tahu... cukuplah kau tidak mempermainkan hati ini.. cukuplah kau yang tak memberi harapan palsu untuk aku... cukuplah kau yang hadir didepanku.. .untuk membuat hatiku bahagia.. .cukuplah kau... yang boleh aku pandang.. dan senyum sepanjang hari dan malamku.... cukuplah aku tahu.. kau hidup dengan jalan dan pilihan sendiri... jika mereka terus bertanya... akan ku terus jawab.. jawapan aku tetap sama.. walau satu hari nanti.. aku temui pengganti lebih baik darimu..walau tiada seorang pun percaya pada kataku... aku tetap percaya... ia takkan mungkin merubah jawapan aku...

Semoga lirik "Aku inginkan dirimu, datang dan temui aku.. kan ku katakan padamu. .. aku amat mencintai diri mu"... hanya tinggal lirik tidak lama lagi bagi mereka yang merelakan insan yang disayangi pergi... dan semoga kerinduan kepada memori dulu jua pergi.. meninggalkan lebih banyak pengalaman dan pengajaran... bahawa dalam hidup ini banyak lagi yang perlu dikorbankan dan di kejar... benarlah.. jika kita tidak belajar kehilangan.. bagaimana kita akan menghargai.. .jika kita tidak belajar pengorbanan.. bagaimana kita belajar menyayangi...

Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa... moga Ramadan demi Ramadan.. membawa lebih banyak keberkatan dan kebahagian dari tahun ke tahun.. dan semoga Ramadhan yang kita tempuh tahun ini.. lebih membahawa kebahagian dan kejayaan dari tahun-tahun sebelumnya.. .Terima Kasih Allah kerana masih menemukan aku dengan Bulan RAMADHAN.. yang berkat ini...


Terima kasih kerana membaca entry ini... salam sayang dari saya... .muuuahhhhhhh!!!!



Khamis, 4 Julai 2013

PETUA : LULUR, SKRUB BADAN & PERAWATAN ASLI - PART 1

Pagi yang indah darlingz... heheheh...  oleh kerana cuaca yang serius amat terik dan panas sekali walau di awal pagi... apalagi di waktu tengah hari.. walau ada tempat yang bernasib baik jika cuaca hujan... (sila bersyukur ye).. tetapi bagi mereka yang.. tidak tahan dengan peluh melekit... terutama yang bekerja di luar especially sales person, yang bekerja bahagian site, construction semua tuhz... tentu jika ada peluang balik rumah untuk mandi.. memang akan mandi 2-3 kali sehari kanzzz???? heheheh

Tetapi pernah anda terfikir. .apakah bahan kimia yang terkandung didalam produk mandian anda.. . hatta mandian anda itu ditulis 100% dari bahan semula jadi????... apa kata jika balik nanti.. ambil masa 5 minit untuk membaca bahan-bahan yang tertulis dan try google nama bahan-bahan terkandung itu yea...  kebanyakan produk berbuih mengandungi sodium laureth sulfate dan pelbagai lagi bahan-bahan karsinogen... anda boleh google untuk mendapat maklumat lanjut.. atau pergi saja ke kedai buku popular dan cari buku-buku tulisan dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang ye...

Dipendekkan cerita... so hari ini.. i nak bagi peluang sesekali kepada tubuh badan anda untuk "berpuasa" dari produk-produk kecantikan kimia yang anda guna.. yang menarik.. semua bahan yang anda guna ini telah tersedia di dapur anda ataupun... adalah sisa makanan yang telah anda makan... so banyak jimatnya yea... membazir itu amalan syaitan ... hehehehehe

1. Kulit Tembikai (Untuk Rambut & Kulit Kepala)

Jika rambut anda asyik gugur... dan pelbagai produk rambut dah digunakan.. malah makin hari makin nipis... so sila guna kulit tembikai yea... lepas ini boleh beli saja tembikai yang siap di potong di pasaraya (ada yg potong 2 , juga ada yang potong 4)... dan bila dah habis makan.. tolong jangan buang kulit tembikai itu.. tetapi gosoklah kulit tembikai itu dikepala anda.... khasiat kulit tembikai ini akan menyejukkan kepala anda malah sekaligus membuang segala panas atau racun dikepala itu... bila kulit kepala pun sejuk.. pening kepala pun kurang, rambut pun lebat... dan hitam.... serta kurang keguguran.. sila cuba ye... tembikai pun elok untuk kesihatan dan salah satu makanan pembuang toksid dan awet muda....

guna kulit tembikai yang isinya putih tu yea... tp i guna je yang ada sisa merah tu sekali.. hehehehe

kulit tembikai daripada dibuang baik digunakan untuk kecantikan

Orang tua-tua cakap.. tembikai tak elok untuk wanita.. tetapi saya baca hadis, Nabi suka makan timun... malah wanita yang mengandung jika makan timun @ tembikai.. tidak akan berjumpa cacat cela di wajah atau tubuh bayinya setelah dilahirkan.... so tepuk dada tanya selera...apa pun boleh tengok kepada penerimaan badan masing-masing... seperti saya.. kawan-kawan saya ramai yang saya jumpa jika makan nangka, sakit badan.. tapi saya makan sebiji nangka pun tak sakit badan.. alhamdullillah...


2.  Tepung Pulut @ Tepung Beras (sebagai mandian)

Jika anda ingin kulit putih.. selain mandi susu (cara bancuhan pun sama je...3 sudu susu tepung, air untuk jadi pes) .. tepung pulut @ tepung beras juga membantu mencerahkan kulit dan menghilangkan parut.. insyaalah.. malah harga tepung pulut jauh lebih murah dari harga susu tepung.. dan jika nak lebih jimat lagi... boleh menggunakan tepung beras @ tepung ubi sebagai mandian... 


letak 3 sudu tepung pulut @ tepung beras bersama sedikit air dan jadi kan pes

Cara bancuhan juga amat mudah.. sediakan 3 sudu tepung pulut @ tepung beras @ susu tepung.. lepas itu tambah saja air secukupnya... (jadikan pes) .. lumurkan saja dibadan ketika mandi.. tak perlu susah-susah tunggu sampai kering... (nanti mengamuk pula jika ada orang lain tengah tunggu turn nak mandi ye)... lepas itu bilas.... anda boleh amalkan setiap hari dan meninggalkan mandian anda jika anda rajin ye.... seriusly.. tidak perlu lama mengamalkannya cukup 3 bulan saja.. anda sudah nampak hasilnya... kulit sudah tidak kering.. malah tak perlu susah-susah menyapu lotion atau minyak bayi atau apa-apa dibadan lagi kerana... kulit memang beza banyak dari dulu..... saya sendiri mengamalkannya... dah sudah setahun saya tidak membeli lotion @ minyak badan... jika dulu setiap hari saya kena sapu dekat badan.... yang pasti.. memang setiap hari anda kena mencuci tandas yea... hahahahahahah untuk mencuci sisa-sisa tepung ini...


3. Asam Jawa (mandian atau lulur)

Asam jawa seriusly adalah penghilang parut yang hebat jika anda rajin amalkannya... i malas ye amalkan asam jawa ni.. .hehehe... sesekali saja dan boleh dikira dengan jari.... cara mandi dengan asam jawa ini juga mudah... 3 sudu asam jawa dibancuh sapu dekat badan... tidak perlu biar lama... (kecuali anda rajin tunggu asam jawa ini kering)... terus bilas dengan air mandian anda..... kenapa saya menasihatkan tidak perlu tunggu lama... kerana jika anda tunggu lama.. anda akan malas menggunakan bahan semulajadi ini sebagai mandian harian anda... saya dah cuba jadi saya tahulah... kecuali memang anda memang jenis yang teramat rajin dan tiada kerja lain nak buat.. hahahahah

harga asam jawa ini tidak sampai rm2 ye

pes asam jawa.. jika mahu lebih pekat sila tambah asam jawa lagi

Selain menghilangkan parut.. .mandian asam jawa ini juga menjadikan tubuh anda lebih pejal.. tak percaya? cubalah.... kalau tak masakan jika mahu daging ikan pejal pun... kena lumur asam jawa ye... baru sedap....hhmm... balik nihz.. nak pi beli asam jawalah.. boleh??? heheheheh


4. Tepung beras @ tepung pulut @ susu tepung dicampur limau nipis

Jika anda mahukan sesuatu yang berbau wangi dan segar... anda boleh mencuba campuran tepung pulut @ tepung beras @ susu tepung, sedikit air bersama limau nipis atau limau kasturi.. lepas itu lumurkan dibadan anda.. selain memutihkan kulit.. menghilangkan parut.. ia turut membantu menghilangkan bau badan.... paling utama anda juga akan riang ria sambil mandi kerana memang terasa kesegaran limau nipis itu....

bahan-bahan yang digunakan

bancuhan yang telah dibancuh

Saya pernah membaca yang makhluk halus @ jin amat takut kepada benda berasid... antaranya limau nipis..that why kenapa jika anda mandi pantai digalakkan untuk mandi air limau nipis... so.. insyaalah mandian ini juga mengelakkan makhluk halus dari mendekati anda especially if anda suka lepak dan keluar diwaktu maghrib... (makhluk halus wujud ye... walau orang tak hantar)...

6. Kulit Buah Oren

Mandian ini paling mudah dibuat dan paling jimat (tapi saya tetap malas buat dan berzaman dah tak buat)... hanya menggunakan kulit oren yang anda makan dan kisar saja bersama air.... paling best... anda boleh simpan lagi bancuhan ini didalam peti ais dan digunakan selama seminggu... best tak???

Untuk lagi best... serius mandian ini. .wangi-sewangi-wanginyaa.... seharum-harumnya dan bau serius tahan lebih lama sampai toilet pun wangi... tubuh anda yang sudah berpakaian pun wangi... hebat tak hebat wanginya kulit oren... so sila cuba kerana.. mandian ini kaya dengan vitamin C.. .boleh juga menjadi lulur.. .menangal sel kulit mati... memberikan minyak kepada kulit (sesuai untuk kulit kering), meremajakan kulit..; menghilangkan parut dan mencerahkan kulit. .serta mewangikan badan serta membantu mengurangkan bau badan... sila cuba asap... mesti puas hati...

kulit oren
Kulit oren yang diletak dalam blender untuk di blen bersama air

siap dikisar dan disi didalam bekas "taufu fa"

tutup dan simpan dalam peti ais ok... sedia digunakan bila-bila masa.. just ambil 3 sudu saja sekali guna untuk mandi
oleh kerana skrub kulit oren ini adalah skrub & mandian terhebat... yelah dari anda beli skrub buah oren atau kulit oren itu.. lebih baik buat sendiri kena pula jika oren adalah buah yang selalu anda makan... so diantara bahan-bahan yang boleh anda campur dalam mandian ini adalah seperti berikut... untuk menambahkan kepuasan mandi.. bolehh??? hahahhaha

boleh campurkan sesudu tepung beras @ tepung pulut @ susu tepung
i siap campurkan anggur yang kurang segar kedalam campuran kulit oren dan tepung beras

so inilah campuran ketiga-tiga bahan tadi so lumurkan saja kepada badan anda
Anda juga boleh mencuba campuran lain untuk mandian anda mengikut kreativiti sendiri.

** oleh kerana kulit oren tinggi racun maka buang dahulu kulit luar atau kikis kulit luar baru lah ia di Kisar.  Pastikan anda rendam dahulu buah oren anda di dalam air garam atau air yang di campur cuka untuk mengurangkan racun pada kulit dan buah.


7. Serbuk Kopi (Mandian @ scrub)

Jika anda mahu kulit yang halus, cerah dan bebas selulit.. anda boleh rajin mandi menggunakan serbuk kopi... lebih digalakkan jika serbuk kopi ini anda bancuh dengan garam dan gula... hehehehe.. .tapi saya tak pernahlah buat ye.. setakat mandi serbuk kopi pernahlah.... cara bancuhannya juga senang... 2 sudu serbuk kopi dan air di bancuh dan dilumur ke tubuh... gosok-gosok sikit...jika rajin menunggu hingga kering sila tunggu.. jika malas.. lepas lumur... tunggu 1 minit dan bilas.... mudah saja ye...

beli serbuk kopi murah saja ye.. yang peket kecil.. tak sampai rm2 tahan lama ok...

bancuhan yang siap dibancuh

Oleh kerana segala mandian tepung pulut segala yang dekat atas itu tidak berbau wangi seperti mandian yang anda guna sekarang sepas mandi (kecuali bancuhan yang dicampur limau nipis dan oren).. jadi .harap maklum.. anda tidak akan "feel" sexy... ok selepas mandi.... jadi antara suggestion supaya feeling anda berasa sexy.. memang selepas mandi digalakkan untuk mengoles perfume non-alcohol, ada yang berharga rm5 dan ada juga yang berharga rm10 seperti one drop perfume.. ke pergelangan anda, leher dan belakang telinga selepas anda mandi (make sure badan masih lembab ye.. supaya bau menyerap) .... jangan risau.. .berlambak perfume non alcohol yang baunya tiru sama sebijik macam perfume paling glamour di pasaran... malah lebih tahan lama lagi kerana tidak menggunakan alcohol...dan kulit anda juga tidak kering kerana tidak mengandungi alcohol...

Baiklah darlingz.. selamat mencuba.. dan tqvm kerana setia membaca my blog... muaahhhh.. luvvvv!!! dan salam sayang dari saya....


***nantikan sambungan part 2 ye...

Selasa, 2 Julai 2013

Tempat Makan Best KL - Part 4

Ok darling.. kerana kesibukkan masa yang semakin pantas berlalu.. ini sambungan dari http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/02/tempat-makan-best-di-kl-part-3.html ...


26. Cozy House (Great Eastern Mall , Ampang Park & Wangsa Maju)

Cozy House yang biasa i makan adalah di Great Eastern Mall.. disini famous dengan masakan panas melayu atau cina.. tetapi yang paling glamer dekat sini menu ayam pandan (5 ketul sederhana besar RM20).. I dah rasa ayam pandan disini.. bagi i oklah.. not bad... harga disini pun berpatutan.. taklah mahal sangat.. .nasi goreng harga tidak sampai RM10 , air juga murah... ice blended buahnya siap ada whiped cream lg .. actually ramai juga artis yang i jumpa makan disini ye... so sila try asap....

Pemandangan hadapan Cozy House Great Eastern Mall



ice blended "durian belanda".. whipped cream kurang jelas kelihatan coz warna putih sama warna putih ye..

sizzling mee rasanya ok not bad

disini time lunch memang ramai pelanggan ye sampai kena beratur tunggu.. so sila datang awal



Menu Ayam Pandan yang famous disini RM20


nasi goreng thai rasa macam tom yam ok..

pandangan luar cozy house Great Eastern Mall


27. Alexis , Great Eastern Mall , Jalan Ampang

Pavlova disini i rasa paling sedap di Malaysia kot.. .harga pavlova disini dalam RM18 campur tax yea... dekat sini juga ada persembahan dari jika uols datang lepak sini waktu malam.. Atilia antara artis yang pernah membuat persembahan disini.. Harga makanan disini dikategorikan mahal kalau dibandingkan dengan KFC.. heheheheheh

Pandangan Dalam Alexis Great Eastern Mall

sini memang tempat "senyap" untuk lepak dengan kawan-kawan @ "menyendiri"

time malam baru piano ini dimainkan ye..

meja tempat hidangan

nak tengok "live performance"?

pavlova nyam!! actually ada 2 jenis pavlova disini satu ada isi choclate.. satu lagi yang tiada choclate @ "light"

my favourite pavlova

offer set lunch

antara desert yang ditawarkan

nyammm!!!

me & my pavlova

28.  Ikan Bakar , Keramat (depan pasar keramat berdekatan stesen lrt putra, Datuk Keramat)

If uols nak makan ikan bakar dengan set nasi yang murah.. sila datang makan disini ye... if uols ambil set ikan pari dengan nasi putih serta ulam dan sup kosong untuk dua orang serta jus buah (sini jus buah oren dan epal memang pekat dan sedap RM2.50 sahaja).. harga tidak sampai RM25 pun ok... kedai makan disini setakat gerai biasa.. dan atas tanah yea... that mean tiada air cond.. & jika hujan uols tahu jelah ye... boleh bayangkan sendiri... dan berada betul-betul berdepan pasar keramat ...(disini juga tempat gerai kuih gandus yang glamer itew ye)..  if uols nak beli kuih pun.. berdekatan sini juga terdapat gerai kuih muih yang jual segala kuih muih dan bubur... kira memang tempat makan tradisional lah disini... i memang advise uols pi sini...


set ikan pari dengan nasi putih dua, jus epal dan jus oren, ulam dua dan sup kaki ayam dua harga tidak sampai RM25

di bawah ini gambar gerai kedai ikan bakar dan antara menu yang disediakan :-


ikan kembung bakar berharga rm4 seekor

gambar pemandangan gerai yang biasa saya pergi makan

kerabu ini berharga tidak sampai rm2



Oklah darlingz.. cukup setakat ini... tqvm kerana sudi membaca entry ini... see uols next entry yea.. salam sayang dari saya.. .luv.. .& muaahhh.... heheheh



*** sambungan entry seterusnya ... http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/11/tempat-makan-best-di-kl-part-5.html .. tqvm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...