Isnin, 13 Mei 2013

TEMAN TAPI MESRA



 
Darlingggzzz!!! i mohon berjuta-juta lemon kemaafan kerana baru hari ni i berkesempatan meng"update" my blog.. (last my entry 05 april 2013) ye... oh sadis!!!!.... nevermind.. walau lebih dari 5 minggu blog ini berhabuk.. dengan hati i yang masih lagi suci.. alhamdullilah... Mr. Y telah mengirimkan email bagi membalas tajuk entry sebelum ini... http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/04/sedihnya-cinta-bertepuk-sebelah-tangan.html ... actually, i dapat email ini pada hari yang sama entry before ini di post.. Maybe Mr. Y terasa kot.. dengan my entry.. hahahahah.... so tqvm kepada Mr.Y atas luahan hati anda ye... jimat masa i berfikir untuk menaip entry seterusnya... heheheheh... kalau 10 pembaca blog i macam MR.Y.. Jimat masa, jimat tenaga.. jimat idea i untuk menaip.. gitew...... ok lah.. darlingz.. di bawah ini.... email dr MR.Y...  sila baca dan nilaikan sendiri.... luv!!!!

Just nak buat some survey...Salah ker jika seseorang lelaki rapat dengan perempuan tapi tak lebih dari seorang kawan baik? Perlu ke mereka bercinta? Confuse, tapi ini mungkin realiti bagi sesetengah lelaki bujang yang mempunyain kawan perempuan yang berstatus single. Mungkin lebih dari satu..not playboy but friends Sesetengah menganggap jika berkawan rapat, mereka pasti mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan. Ada pula memberi pandangan sinis yang perbuatan sebegini harus di jauhi, tak manis di pandang orang. Persepsi yang tipikal tapi perlu di telan..Mungkin ada baik buruknya jika ber'teman tapi mesra (TTM)' tapi salah ke untuk berkawan?

Bagi mereka yang bujang, perkara sebegini mungin dianggap normal kerana tiada apa-apa pertalian yang sah mengikat hubungan mereka kecuali persahabatan. Bak kata orang tua 'Kawan biar beribu, berkasih biar satu'. Nak tengok wayang, menonton bola atau lepak di gerai mamak bersama boleh dianggap aktiviti biasa bagi mereka yang berstatus TTM. Kadang-kadang ada yang melancong ke luar negara bersama. Mungkin dasyat tapi nak buat macamana, tiada 'limit' jika anda bersahabat baik.Mereka juga manusia biasa yang ingin berdua dengan cara mereka tersendiri. Biar apa orang nak kata, hanya Allah je yang tahu niat di hati. 

 Kadang-kadang tu, ada yang mengusik,'kau suka kat dia kan?' dan ada juga yang memerli manja tentang hubungan mereka. Tapi, 'heart wants what the heart wants', kita tak boleh nak paksa. Frasa 'suka sama suka' mungkin wujud dalam hubungan sebegini tapi jarang di realisasi sebab hati telah menganggap, 'Hanya Kawan' macam tajuk filem Ella dah Hans Issac dulu-dulu. Tapi, mungkin juga perasan 'cinta' sukar di luahkan dek kerana status kawan baik. Betul atau tidak, tepuk dada tanya selera...

Akan tetapi, jika ditakdir insan itu menjadi pasangan hidup, Alhamdulillah. Jodoh tu kuasa yang Esa. Tak di rancang tapi terjadi...Ramai juga pasangan yang menjejaki pelamin menukar status mereka dari TTM kepada pasangan bercinta..macam lirik lagu Ella...'semoga kita kan jadi seperti dua insan, bercinta....'. Tak mustahil kan? Apapun, aku harap tiada yang terasa hati dengan perkongsian aku malam ni. Just terlintas di fikiran...So, what say you tentang teman tapi mesra?

So bagi wanita-wanita diluar sana... uols fikirlah sendiri apa maksud tersirat dalam email MR.Y ini.. tapi dari siasatan i.. hahahahah... setelah di korek oleh i dari MR.Y... MR.Y sendiri mengaku pada mula-mulanya MR.Y memang menyukai TTM nya ini.. konon-konon nak wat calon isteri mithali... tetapi.. .akhirnya baru MR.Y sedar.... wanita yang disukainya.. rupa-rupanya lebih sesuai di jadikan TTM...  biasalah.. perasaan bila betul-betul dah kenal hati budi..perangai.. baru kita boleh decide mereka sesuai dijadikan "siapa" dihati kita....

Baiklah darlingz... kerana waktu yang amat cemburu kepada i.. konon-kononnya... i terpaksa berhenti disini saja... i akan cuba juga untuk menaip entry yang lebih menarik selepas ini... apa sekalipun.. jutaan terima kasih.. kerana walau my blog tiada entry baru.. tetapi uols.. still melawat blog i yang xseberapa ini... hehehe eeceehhhh..cehhhh... i bab perasan.... terer ye.. huhu... oklah see uols next entry... luvvvv!!!!!


*** oleh kerana i kekurangan idea ketika ini (biasalah... berbulan tak tulis blog kanzz??? hehehe)... entry ini akan di sambung pada tajuk yang akan datang.. TEMAN TAPI MESRA PART 2.. .sebarang cadangan atau pandangan uols boleh hantar ke my email :-  qisyakhadeeja@gmail.com . Thanks....


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...