Rabu, 20 Mac 2013

KEMASYURAN Yang Menyakitkan - CLEOPATRA

Cleopatra yang di gambarkan Mesir.. jelita dan mempersona

Pertama kali tiba di Cairo, perkara pertama terlintas difikiran , tentunya kisah Nabi Isa dan Firaun (tidak sabar untuk melihat Sungai Nil yang masyur itu)... selepas itu saya dibawa menyusuri bandar Cairo bersama kisah-kisah lain termasuk kisah Firaun, Ratu Nefferati.. tetapi antara yang mengamit perasaan wanita saya adalah kisah Cleopatra yang mempersonakan dan kisah percintaan dan kematiannya yang tragis.

Cleopatra adalah permaisuri Mesir paling masyur, disayangi rakyatnya kerana kepandaian beliau mentadbir negara. Dibawah kekuasaannya rakyat Mesir hidup aman dan kaya, sedangkan sebelum itu Mesir kaya dengan hutang dibawah pentadbiran Ayahandanya sehingga khabarnya terpaksa berhutang dengan kerajaan Rome yang terkenal paling kuat dan berpengaruh diketika itu. Cleopatra bermaksud " Puteri Keagungan Ayah" , nama dipilih oleh ayahandanya sendiri kerana pertama kali memandang wajah Cleopatra ketika bayi.. Cleopatra telah diramal menjadi wanita agung oleh ayahnya...

Selain berwajah cantik  menawan dan bertubuh yang sungguh mempersonakan ,  , Cleopatra terkenal sebagai wanita yang sangat bijak dan berkarisma, baginda mengetahui dan bertutur sembilan jenis bahasa.. Kehebatan dan kepandaian Cleopatra sehingga diceritakan sesiapa sahaja yang ingin berjumpa baginda sebelum mula memulakan bicara, Cleopatra terlebih dahulu boleh membaca maksud kedatangan tetamunya berjumpa baginda dan apakah yang ingin disampaikan oleh mereka sekaligus menyebabkan sesiapa yang berjumpa dengan baginda akan tertawan dan taksub dengan kehebatan dan kebijaksanaa Cleopatra...itulah antara sebab mengapa ramai lelaki dan pemimpin berpengaruh jatuh rebah kerananya.

Cleopatra yang digambarkan Rome sebagai buruk dan hodoh


Cleopatra juga amat bijak dalam menakluki hati lelaki, kerana sedar baginda mempunyai wajah dan tubuh yang mengiurkan ,( baginda digambarkan mempunyai wajah berbentuk bujur telur, bermata umpama helang , berkaki panjang, berdada montok, berbibir melekuk, berkulit yang amat cantik) Cleopatra lansung tidak mengsia-siakan anugerah itu..

Hidup Cleopatra mula berubah setelah kewafatan ayahandanya.. Mesir kucar kacir sebentar kerana perebutan tahta antara Cleopatra dan kakak-kakaknya (Firaun Mesir mempunyai ramai isteri dan anak)..  Cleopatra akhirnya berkahwin dengan adik lelakinya sendiri (perkara biasa dizaman itu). . .ketika Cleopatra berusia 18 tahun dan adik lelakinya 12 tahun..tetapi baginda akhirnya di gulingkan oleh kakak-kakaknya dan memaksa Cleopatra lari dan berjumpa Julius Caesar, (Pembesar dan Jeneral Rome).. dengan membaluti tubuhnya dengan carpet yang dibawa masuk ke dalam Istana Caesar..ketika berusia 18 tahun dan masih dara (baginda tidak melakukan hubungan seks walau telah berkahwin dengan adiknya).

Julius Caesar ketika itu sudah mempunyai ramai isteri tetapi tidak mempunyai seorang anak pun.. ketika itu Rome merupakan kuasa besar dan ingin menakluki Mesir (ketika ini Mesir berhutang banyak dengan Rome), kerana sedar kekuatan Rome dan ingin mengambil peluang menjadi Permaisuri Mesir, Cleopatra telah mengoda Caesar...dengan menyerahkan "daranya" kepada Caesar. Kerana terpegun dengan kecantikan dan keseksian Cleopatra.. Julius  Agung itu akhirnya tewas dan menyintai Cleopatra sepenuh hati dan terus menetap di Mesir sehingga Cleopatra melahirkan seorang putera hasil hubungannya dengan Julius. ... Adik-beradik Cleopatra yang lain di usir dari Mesir dengan cara yang keji dan Cleopatra diangkat oleh Julius menjadi Pemerintah Mesir ketika itu.

ukiran yang mengambarkan pertabalan Cleopatra


Kerana terlalu cintakan Cleopatra , Julius Caesar telah mengundang Cleopatra ke majlis pembesar-pembesar di Rome, ketika majlis itu Cleopatra telah dikutuk oleh rakyat Rome sebagai "Pelacur Julius" kerana terlalu marah dengan kutukan dan kebencian pembesar Rome ketika itu kepada baginda, Cleopatra dengan beraninya telah mengangkat Putera yang dikendongnya dan berkata bahawa "Ini anak Julius"...kerana cintanya yang dalam dan besar kepada Cleopatra , Julius Caesar di depan semua pembesar mengaku bahawa putera itu adalah anaknya....

Kerana terkejut dan marah dengan pengakuan Julius Caesar , sejak saat itu hilanglah wibawa dan penghormatan pembesar dan masyarakat Rome kepada Julius Caesar. Mereka berpendapat Julius Caesar telah melupakan Rome dan mementingkan "pelacurnya" dari negara sendiri. Akhirnya Julius Caesar mati dibunuh oleh 2 orang pembesar Rome. Cleopatra akhirnya lari pulang ke Mesir bersama puteranya.

Cleopatra amat gemar menghias diri dan menjaga kecantikan

Setelah kematian Julius Caesar , Rome mengalami perang saudara yang memakan tahun, selang beberapa lama setelah Mesir aman damai akhirnya Tentera Rome di bawah pimpinan Marc Anthony tiba di Mesir.  Setelah kekalahan tentera Mesir kepada tentera dibawah kekuasaannya ,Marc Anthony segera pergi ke istana Cleopatra untuk mengarah Cleopatra sujud kepadanya. Mengetahui bahawa Marc Anthony pasti akan ke istananya, Cleopatra segera menyuruh para jurubina Mesir yang memang terkenal kerana ukiran yang memukau membina kamar mandi yang cantik, wangi dan mempersonakan, dihiasi emas, permata, cermin berkilauan dan bulu-bulu merak didalam kamarnya tempat baginda beradu dan berhias diri... Cleopatra telah merancang untuk mengoda Marc Anthony agar tunduk kepadanya.

Pertama kali Marc Anthony sampai ke istana Cleopatra, dayang-dayang dan hulubalang Cleopatra meminta Marc Anthony menunggu Cleopatra yang sedang berhias diri, setelah lama menunggu (berjam-jam) Marc Anthony menunggu Cleopatra bersiap, Cleopatra tetap tidak muncul  dan memaksa Marc Anthony terus keluar kembali ke tempatnya...

Esoknya untuk kali kedua Marc Anthony sekali lagi pergi ke istana Cleopatra untuk menuntut Mesir tunduk kepada  Kerajaan Rome, sekali lagi Marc Anthony terpaksa menunggu Cleopatra lebih lama dari hari sebelumnya (semalam).. Marc Anthony akhirnya pulang dengan perasaan marah kerana Marc Anthony merasakan beliau adalah jeneral Rome yang hebat keturunan bangsawan di Rome, tenteranya juga telah berjaya menewaskan kerajaan Mesir, tetapi kenapa dia yang terpaksa menunggu Permaisuri Mesir itu berjam-jam lamanya.. malah tetap tidak dapat berjumpa..Marc Anthony merasa amat marah sekali dan tercabar ....

gambaran Cleopatra . Cleopatra terkenal kerana kecantikan kulit dan keseksian tubuhnya

Akhirnya setelah masuk hari ketiga, sekali lagi Marc Anthony pergi ke istana Cleopatra dengan perasaan marah, kali ini.. Cleopatra membiarkan Marc Anthony menunggu lebih lama... setelah terlalu lama menunggu kerana tidak tahan sabar dengan jawapan yang sama dari dayang Cleopatra bahawa Cleopatra sedang bersiram dan bersiap, Marc Anthony terus meluru ke kamar Cleopatra dan menendang pintu kamar Permaisuri Mesir itu.. alangkah terpegunnya Marc Anthony melihat Cleopatra ketika itu didalam kolam Susu berhias permata, bunga-bunga yang cantik mewangi, haruman yang amat wangi baunya, dan dikelilingi dayang-dayang yang cantik jelita .. bersinar-sinar dengan sinaran permata dari cermin-cermin dan ukiran menakjubkan hasil kerjatangan jurubina Mesir yang hebat... terpegun dengan kecantikan dan keseksian Cleopatra yang separuh dari tubuhnya tidak bertutup... Marc Anthony terus jatuh cinta kepada Cleopatra...

Oklah darlingz..oleh kerana kisah ini agak panjang.. so saya akan sambung dalam entry seterusnya tentang kisah cinta tragis Cleopatra dan Marc Anthony.. untuk makluman, terdapat banyak versi kisah Cleopatra .. tetapi versi ini saya ceritakan dari apa yang diceritakan kepada saya ketika percutian saya di Cairo pada March 2008.. oleh tour guide saya dari Reliance... dipersilakan google untuk mengetahui kisah Cleopatra selanjutnya. Ketika saya google kebanyakan entry datang dari Indonesia dan Mat Salleh .. saya cuba untuk mencari dan membaca entry dari Blogger Malaysia tapi kurang bernasib baik saya tidak berjumpa.. mungkin salah keyword yang saya taip ..maybe...jumpa lagi di entry akan datang.. salam kasih sayang dari saya... luvvvv!!!





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...