Khamis, 28 Mac 2013

CHRISTIANA RONALDO Yang Menawan


memakai jersi No. 7 untuk Real Madrid

Siapa peminat Bola Sepak yang tidak mengenali Christiana Ronaldo?  Beliau bermain dalam perlawanan akhir Euro pada umur 19 tahun dan perlawanan separuh akhir Piala Dunia pada umur 21 tahun. Berikut sedikit catatan ringkas mengenai Christiana Ronaldo yang menawan hati saya.. hehehe :-

gambar keluarga Christiana Ronaldo - ketika beliau masih kecil

- Di lahirkan pada 5 Febuari 1985, di Funchal, Portugal . Christiana Ronaldo dilahirkan didalam keluarga yang miskin...oleh kerana itulah kenapa dia amat mengasihani kanak-kanak di Palestin.. Beliau juga mempunyai 2 orang kakak.


Christiana Ronaldo bersama Kasut Emas yang dimenanginya

- Di laporkan menjual @ melelong kasut emas yang dimenanginya pada harga  1.4 juta Euro (ada juga maklumat yang mengatakan 1.5 juta Euro) pada 2011. Dan wang hasil lelongan itu telah disumbangkan bagi membina beberapa buah sekolah yang hancur di sepanjang Tebing Gaza.

- Beliau percaya bahawa Palestine harus mendapat hak kebebasannya sendiri sebagai sebuah negara dan Christiana Ronaldo benci melihat kanak-kanak di Palestine terpaksa melalui keadaan yang sama seperti apa yang dilaluinya bersama keluarganya sebelum dia berjaya menjadi pemain bola sepak dunia yang terkenal.

- Pernah mengenakan skaf Free Palestin sebagai tanda pembebasan Negara itu dan dikatakan pernah juga mengunjung Palestin sekitar tahun 2005 - 2007 melawat penduduk Palestin.

- Real Madrid juga harus dikagumi kerana menubuhkan Yayasan Real Madrid (Christiana Ronaldo juga mendermakan duitnya yang disalurkan melaui Yayasan ini untuk Membantu Palestine) dan yayasan ini bercadang untuk membina  8 buah sekolah di Wilayah Palestine dengan duit yang dikumpulkan oleh Yayasan itu sepenuhnya.

- Christiana Ronaldo juga tidak minum arak dengan alasan , mengingatkannya tentang penyakit yang meragut nyawa ayahnya dulu ketika beliau berusia 20 tahun.

- Dia juga dikatakan tidak mempunyai tatu di badannya supaya dia dapat mendermakan darahnya dua kali setahun,

- Christiana Ronaldo juga dikatakan telah membayar perbelanjaan perubatan  Kanser bagi seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun yang menghidap kanser yang serius.

- Pada tangal 3 Julai 2010, Jejaka menawan ini telah mengemparkan dunia dengan membuat pengakuan di Facebook rasminya bahawa dia telah menjadi seorang ayah. Anak lelakinya itu di beri nama Christiana Ronaldo Junior tetapi ibu sebenarnya bayi itu sehingga kini tidak diketahui siapa dan sehingga kini bayi itu dijaga dan di bela oleh Ibu dan Kakak Perempuan Christiana Ronaldo.

- Pernah di gosipkan bercinta dengan ramai artis Hollywood terkenal termasuklah Paris Hilton.


Itu saja serba sedikit mengenai Christiana Ronaldo.. terima kasih kepada google atas segala maklumat ini... Jumpa di Entry berikut.. Salam Sayang dari Saya.



*** Gambar diatas di perolehi dari Google.. jika anda adalah pemilik gambar-gambar ini... dan tidak membenarkan ia disiarkan di entry ini. .sila inform saya.. dan saya akan "remove" gambar-gambar ini dari entry ini... Terima Kasih Ikhlas dari hati saya... 



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...