Ahad, 31 Mac 2013

Tempat Makan Best Di Kuantan - Part 4

Ok darling.. ini sambungan dari entry before this... http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/03/tempat-makan-best-di-kuantan-part-3.html.. so tempat makan yang best seterusnya di Kuantan ialah... (banyak ye tempat makan best di Kuantan ini.. heheheh)

16. Kedai Chalong belakang Surau Haji Zainon, Beserah
If uols dari bandar Kuantan , kedai ini depan sikit dari Pasar Nelayan Beserah ye... berhadapan dengan Kg. Alor Ladang.. if uols nampak signboard Kampung Alor Ladang (signboard ini belah kiri uols jika dari Kuantan sedangkan surau ini di sebelah kanan uols) .. time itu juga uols akan nampak Surau Haji Zainon.. macam dalam gambar di bawah ini ye....so kedai chalong ini betul- betul  dibelakang surau ini... Gerai ini tutup pada hari Isnin dan memulakan perniagaan pada pukul 12pm lebih kurang ye...

dkt surau hj zainon dpn kg alor ladang
Di sini ada dijual pelbagai menu. antara yang famous mee chalong, mee kari, keropok lekor , rojak mee , nasi ayam, Culik perut, ais jagung dan macam-macam lagi..

bahagian dapur gerai ini.. - owner tengah menyiapkan order , kerusi untuk kanak-kanak juga disediakan ye

gerai ini memang sentiasa ramai pengunjung

ruang makan yang luas dan bersih

antara menu dan harga makanan dan minuman

kusyuk ye customer ini datang makan

pelbagai pilihan sos, kicap dan lada sulah

antara hidangan mee chalong, colek perut, mee kari dan keropok lekor serta ABC

anak saudara i keboringan tunggu ABC dia ye.. makanan lain dah sampai.. hahahah

mee chalong disini menggunakan tulang ayam.. dan ais jagung sini memang my favourite

mee chalong - menu paling famous disini

antara menu famous disini termasuk ais jagung

sedapnya... kata anak saudara i..


anak saudara i bersama hidangannya.. favourite anak saudara i memang ABC ice cream ye..

Terdapat pantai ye di belakang kedai chalong ini. .jalan kaki tak sampai 10 minit dah sampai.. anak saudara i siap turun dari kereta demi nak bergambar dengan sampan dan di hadapan pantai ini. .tapi yang tak bestnya .. banyak pula sampah dekat area sini.. aduila... nasib baik sampah kering dan tiada bau..

pantai berdekatan kedai chalong ini

sempat lagi anak saudara i bergambar dengan sampan ye.. heheheh

17. Ana Ikan Bakar Petai , Tanjung Lumpur
Darling... kedai makan nihz memang famous sesangat dekat Kuantan, ada 3 cawangan lagi.. .boleh pilih nak tepi pantai ke dekat tepi jalan.. tapi yang i pergi makan nihz memang berhadapan  pantai.. dekat sini juga turut di jual air buah besar, sata, keropok lekor.. tapi yang pastinya paling famous tentu sekali masakan panas terutama ikan bakarnya.. yang sure akan diisi dengan petai.. nyaaammm!!! serius sedap ye...


gambar pemandangan salah sebuah cawangan restoran ini di Tanjung Lumpur



sila datang makan jika uols datang ke kuantan

pemandangan di restoran terkenal ini

dekat sini memang sentiasa ramai pengunjung yang mengemari makanan laut

kan i dah cakap ramai.. walau bagaimana pun restoran ini serius besar ye

gembira betul pengunjung ini menikmati makanan hehehhe

kerabu mangga dekat sini RM4 dan bagi i biasa saja rasanya

sotong celup tepung di sini not bad rasanya. .sila cuba.. ini i ambil 2 ekor sotong biasa dan 2 ekor sotong besar

ikan pari bakar - i ambil ikan pari paling kecil ye coz makan berdua saja.


ikan pari bakar sini serius sedap...

sotong celup tepung dan sos yang disediakan

menu untuk 2 orang.. termasuk minuman jus epal dan jus nenas  dalam RM65 (nasi putih 2,  sotong 4 ekor, ikan pari bakar seekor sederhana dan kerabu mangga)

I memang advice uols datang sini makan ramai-ramai . .coz selain berdekatan dengan pantai memang happening.. coz ramai pengunjung. .so servicenya boleh tahanlah juga slow.. hehehehheh..so sila bersabar.


18. Radix  Fried Chicken , Kuantan
Jika uols pengemar ayam goreng.. dan nak ayam goreng yang sihat dan berkhasiat atau mengamalkan diet yang sihat?.. i seriusly advice.. sila pergi makan Radix Fried Chicken ye... selain ayam disini organik (tidak dicucuk hormon dan dijamin halal keluaran HPA ye).. rasanya juga sedap.. pekerjanya semua muslim yang menutup aurat (bukan membalut aurat ye)... i suka sangat servis disini.. dan i pernah baca yang HPA ini langsung tidak terlibat dengan "Riba" atau pinjaman... so jika anda menyokong ekonomi ummah dan mementingkan status halal tanpa was-was sila datang makan sini.. sini juga disediakan perlbagai menu termasuk nasi ayam dan ice cream serta float dan pelbagai pilihan makanan lain.. Restoran ini juga besar dan luas ye..


Restoran Radix Fried Chicken


ia baru sahaja di buka disini

nampak tuhz? organic , fresh & healthy

memang ramai pengunjung ye disini

sini tempat makan dia luas ye ,ramai family yang datang makan disini

kawasan untuk cuci tangan dan toilet

serius luas ye disini..so dont worry


time i pergi ini  memang ramai pengunjung

kanak-kanak nampak berselera sangat makan makanan disini

ini set hidangan ayam radix dengan float

antara menu disini dan senarai menu

float dia best ye.. sila try.. orang islam tempatan lagi punya perniagaan nihz

please try ASAP

ini menu nasi ayam dan hot choclate dan fun fries


boleh pilih menu untuk dimakan
staff dia semua bertudung ok.. coz bisnes ini mengikut syariah

i sengaja bagi uols tengok dekat-dekat antara menu disini

nyam! serius best... dan sihat !

ayam disini besar-besar ye

i beli bungkus bawa balik lagi.. bungkusannya setakat dalam paper bag ye.. tiada kotak ok.. jimat kos kot.. siap bg flyer dia lagi
rupa ayam yang ditapau

ini map untuk ke restoran ini.. sorry tersenget la plak.. pepandai la uols tengok ye.. hehehehe

So bagi warga Kuantan termasuk warga luar @ kota ...yang tidak pernah pergi atau merasa ayam Radix best ini.. sila pergi segera ye... support business orang islam selain menjaga kesihatan ... asyik makan ayam KFC dan Mcd jek.. apa kata tukar selera pula?.. hehheeh

Oklah darling.. tqvm kerana sudi membaca entry ini dan memberi "support" kepada my blog.. insyaallah.. saya akan cuba untuk post entry Tempat Makan Best  Di Kuantan - Part 5 before Sabtu akan datang ye.. salam sayang dari saya.. selamat bercuti dan LUV!


**** ini sambungan entry untuk Tempat Makan Best Di Kuantan - Part 5 http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/04/tempat-makan-best-di-kuantan-part-5.html .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...